Monday 30 June 2014

rindu tertinggal di KMM

assalamualaikum pembaca sekalian alam. cehh ! bajet jap

setelah lama blog aku bersarang lelabah kat sini, so, aku ambil keputusan untuk cuci sikit ! 
haaa ! dah lama dah niat tu nak cuci blog ni cuma well !!! im busy enough to update this cutiest blog ! opps ! hahah


so, today, aku nak bercerita tentang life aku sepanjang 2 semester di KOLEJ MATRIKULASI MELAKA ! atau lebih mesra dikenali sebagai KMM dihatiku.

korang pernah dengar ada yang cakap, 

"apa wei??! ko masuk matrik doe?! bapak ahh hebat gila!"
"anak ni dapat masuk matrik? hmm susah tu nak. kena struggle laa bila dah masuk matrik"
"matrik?! biar betul?! life macam budak asrama je! baik tak payah ! takde feel budak uni pun !"
"matrik ni kejam. ko jangan harap laa nak dapat tidur awal malam, memain macam kartun, haram jadahnya ! takpayah mimpi! memang kontra 100% punya lah !"

tu antaranya reaksi orang yang dapat tahu kita dapat masuk matrik. kecut tak perut korang?! konfem punya kecut ! perut flat macam mana pun, konfem, buat korang tak senang duduk kan?! sama laa macam aku dulu. mana taknya, belum masuk lagi, dah kena brainwash kaw-kaw punya!

jadinya disini, korang tak payah nak takut sangat bila dapat masuk matrik! tak kejamnya matrik tu! tapi serious jadual kelas memang pack gila ! dari 8am until 4pm. stop at 12pm or 1pm until 2pm. dah macam sekolah pun.

ehh berbalik kepada KMM DIHATIKU NI, first aku nak cerita accommodation !
kalau korang nak tahu, bebudak kat sini gelarkan kolej ni penjara ! tak percaya, tengok ni


haa tu lah sebabnya orang panggil penjara! tapi, aku beruntung gila dapat kmm ni sebab bekalan air tak pernah putus ! kalau putus pun kejap je, time malam or time korang ke kelas. 

makanan? kat sini ada 4 cafe ! cafe A, cafe B, cafe C, cafe D. semua aku pernah pergi kecuali cafe D! tu semua memandangkan, lokasinya agak strategik iaitu di tengah kawasan kediaman lelaki ! memang tak ler pompuan nak pegi kan?! 

cafe A : banyak pilihan makanan. suasana meriah gila sebab tumpuan pensyarah2 dan students lelaki dan perempuan. tapi pergh harga makanan, bapak ahh mahal ! choii! putus jap semangat aku nak pegi sana dengan makanan macam tak sangkut sangat dengan tekak aku ni
cafe B (session 2013/2014) : pilihan makanan? emm pandang hujung mata je lah ! tapi powernya makanan kat sini, memang superb! tambahan lagi kalau korang pekena nasi putih+tomyam+telur dadar! sangkut gila !! haa! burger kat sini pun, pergh! sodap !!! harga?! tak payah cakap murah tahap emph! 
*cafe B session 2013/2014, sebelum ditukarkan tender kepada owner sekarang ni*
cafe C : masa aku sem 1, cafe ni tak menyerlah sangat. budak pompuan pun jarang yang bertandang. tapi sejak tukar tender masa aku sem 2, loh !!! wajah baru der ! happening gila ! sebab makanan boleh tahan laa. layanan? memang terbaik ! harga ?! murah gila! jauh gila kalau nak banding cafe A. harga makanan kat sini, ala2 cafe B jugak.
cafe D : aku malas nak ulas sebab aku tak pernah bertenggek kat sana. tapi aku sempat tengok dari jauh. macam suram jugak laa cafe tu. tapi budak lelaki cakap, kat situ ada roti john ! mana yang minat, boleh laa berkunjung ke situ. 

surau IBADURRAHMAN kat sini memang terkenal sangat ! aku tak tahu kenapa tapi memang terkenal. yang paling aku suka yang program under surau ni adalah masa CIF (college islamic festival). sebab apa?
sebab banyak sangat program diorang buat! sangat rugi kalau korang tak join! antaranya, ceramah dari artis! masa tahun aku, diorang jemput DIANA AMIR beb! dah tu pulak, PU RAHMAT, brother lee, lagi sorang tu, aku tak ingat siapa. okay, aku malas nak ulas sangat sebab memang tak habis laa ! banyak sangat aktiviti!
*gambar2 masa CIF dulu, aku tak jumpa. jadi maaf, aku takboleh nak pamer kat sini*

dan yang event yang paling thorbaikk sepanjang aku ada kat situ adalah KAKOM (karnival ko-kurikulum matrikulasi)
memang tersangat rugi kalau korang tak join event ni! sebabnya ia melibatkan matrik-matrik lain jugak. kalau korang yang jenis berbulu mata kalau tak cuci, silakan lah cuci mata anda sebab memang ramai sangat atlet yang datang ! haa ! part yang sorak tu, memang best gila ! banyak sangat lagu semangat yang korang memang takkan lupa punya lah! 






sebelum tu jugak, aku nak pesan, bila dah dengar je bunyi

"engkorang ni, naik-naik lah ke unit tu"
"tak sedih ke bila tengok cikgu-cikgu kamu ternanti-nanti kamu kat unit tu? naik laa."
"kamu ni, bila lagi nak jenguk unit tu? cikgu-cikgu ni dah siap hias dan buat macam2 dah supaya korang naik unit. tapi tak jugak nak naik nya"
"ish korang ni! tunggu nak exam dulu ke baru nak naik unit?"
"cikgu-cikgu tak makan korang punya lah kalau korang naik ke unit tu"

sila-sila lah naik ke unit bila dah dengar ayat yang menusuk dek kalbu tu. kekadang kesian jugak aku, bila cikgu asyik promote je unit tu. tapi tak jugak, aku nak naik nya haaa! 

aku rasa tu je kot yang aku nak share dengan korang. selebihnya, korang tengok sendiri gambar-gambar cun melecun aku masa dekat KMM. dan, aku akan sertakan sekali gambar port yang thorbaikk untuk korang selfie ! hahahaha





































macam mana? menawan tertawan tak hati korang bila tengok suasana KOLEJ MATRIKULASI MELAKA ni?? 

okay lah, semoga jumpa lagi ! adios !